About Me

Foto saya
~Salam pada semua pembaca blog ini.Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang baru nak bertapak ni.Saya hanyalah seorang wanita biasa,yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat mencintai saya seadanya.Saya harap,apa pun yang kawan2 akan @ telah baca dalam blog ni,tak kan menyinggung perasaan mana-mana pihak.Blog ini sekadar mengisi masa terluang & ingin berkongsi segala apa jua mengenai kehidupan saya sekeluarga...

Jumaat, 29 Mac 2013

Resepi Cream Puff Kastard Berkrim

Assalammualaikum..dan selamat malam pada semua..ni versi entry zaman tok kadok~~
Malam ni ayu nk kongsi resepi cream puff  dan inti kastard olahan sendiri yang pasti umphh..( hihii syok sendiri lak )..tanpa membuang masa meh sini ...


Cream Puff Kastard Berkrim

Bahan-bahan :

1/2 cawan @ 65 g tepung gandum
1/2 cawan gula ( granulated sugar )
1/4 cawan @ 4 sudu makan @ 57 g butter( buttercup / majerin) mane-mane pun bole..
1/2 cawan @ 120 ml air
2 biji telur

Cara-cara :

satu kan air dan butter didalam periuk dan tenggek kan di atas api..
sementara menunggu butter larut, didalam bekas lain satukan tepung dan gula.
setelah butter larut,tutup api..terus masukkan campuran tepung dan gula tadi ,dan kacau sebati, hidupkan api semula kecil sahaja dan teruskan kacau adunan tadi hingga menjadi doh yang lembut.tutp api dan sejukkan sebentar..
setelah itu masukkan telur dan kacau hingga betul2 sebati,,kene kontrol telur kerana kita tak nak adunan menjadi terlalu lembik..

setelah adunan tersedia..masukkan ke dalam piping bag dan guna kan nozzel kesukaan anda,,dan paipkan jangan besar kerana puff ini akan naik dan gebu..
bakar pada suhu 200 darjah celcius 15min pertama,,selepas 15min berlalu turunkan suhu pada 170 darjah celcius dan masakkan lagi selama 19min.

bile juga menggunakan kertas minyak untuk alas puff@ bakar di dulang pembakar dengan meletak sedikit tepung di ats nya

krim kastard yang telah siap..


Resepi Kastard Berkrim :

2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
5 biji kuning telur (gred A) 
3 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar butter
1 1/2 vanilla esen

Jom Buat;


1. Panaskan susu cair atas api sehingga mendidih.



2. Pukul kuning telur dgn whisk dalam bekas lain.

3. Masukkan gula dan kacau lagii..







4. Masukkan tepung jangung .. kacau dan kacau lagi sampai sebati.

5. Masukkan susu cair yg suam td tu ke bancuhan telur tadi.
kacau sebati sambil letak atas api..


6. lepas tu masuk pula butter dan esen vanilla..kacau hingga pekat..jangan sampai hangit lak ye..api kecil jerr..

7. taraa..siap suda krim kastard,,letak plastik untuk mengelakkan kastard beku..
selamat mencuba...
















ini lah hasil nye....selamat mencube~~~~



thanks..come again~

2 ulasan: