About Me

Foto saya
~Salam pada semua pembaca blog ini.Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang baru nak bertapak ni.Saya hanyalah seorang wanita biasa,yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat mencintai saya seadanya.Saya harap,apa pun yang kawan2 akan @ telah baca dalam blog ni,tak kan menyinggung perasaan mana-mana pihak.Blog ini sekadar mengisi masa terluang & ingin berkongsi segala apa jua mengenai kehidupan saya sekeluarga...

Rabu, 28 November 2012

Egg Tofu @ Tofu Jepun

Huh!!! sedap nye tengok resepi tauhu jepun akak ni...Malam-malam ni mula perut pun rase laparr ...
tak boleh jadi macam ni,,esok nak keluar cari barang-barang kt pasar nak wt sebijik cam ni..
Sedap nyeeee laahhhh..perut..perut..berbunyi pulak ye....

Untuk rujukan :
kredit : Kak Zila



Tofu Telur

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan
1/2 inci halia - didadukan
sedikit serbuk lada putih
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jagung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji putih telur
sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli



Cara-caranya:

celurkan sayur-sayuran yang anda gunakan.
potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing.
tumiskan bawang putih ,kiub ayam,halia dan cili padi sehingga berbau harum.
masukkan sos tiram dan kacau.
masukkan sedikit air dan bancuhan tepung jagung/gandum tadi suaikan kepekatan yg anda kehendaki,masukkan sedikit lagi tepung jika kelihatan cair,masuk lada sulah kacau hingga agak pekat.
kemudian masukkan putih telur,tak perlu dikacau.buat seperti 2-3 lorekkan mggunakan garpu..dan tutup api.
tuangkan keatas tofu dan sayuran yang telah disusun diatas bekas yang sesuai.
selamat mencuba.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan