About Me

Foto saya
~Salam pada semua pembaca blog ini.Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang baru nak bertapak ni.Saya hanyalah seorang wanita biasa,yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat mencintai saya seadanya.Saya harap,apa pun yang kawan2 akan @ telah baca dalam blog ni,tak kan menyinggung perasaan mana-mana pihak.Blog ini sekadar mengisi masa terluang & ingin berkongsi segala apa jua mengenai kehidupan saya sekeluarga...

Ahad, 4 November 2012

Demam Crepe Durian..Oh! masa..

As-Salam
Erm..nak tengah-tengah malam ni la baru tekak teringin nak durian,,
tadi sensiang idak plak teringin..
ini gara-gara melihat post salah satu blogger terhandal ni..adoiii...xtahan den..sekali tengok..mata kata "Wah mengancamnye..."
Hati lak kata "bilo la dapat merasa ni.." Hampehhh..
Nak tunggu tangan den alamat ke laut la jawab nye...
Doyan 'Durian' punya pasal telah mencetuskan keinginan untuk mencube resepi ni..
Ok sume ...yg mane seangkatan dengan ku yg ingin belajar..moh la kite salin iyek... sebagai rujukan dikemudian hari..wahhh^_^

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

kredit to : Kak Ita Masam Manis

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.


~Durian Filling~

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

p/s:
Selamat mencube...tapi kan kalau tukar whipping cream pada cream chesse pun sedap gak kan.. hihiii..terpulang la dak..nanti kalau i da cube nanti i post ok...^-^.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan